Monday 1 April 2013

Serangga Yang Gua Benci!!!!

Asalamualaikum.. Semua !!! :)

Today I want to share about a ..... ops!!! tukar tune.. hehehehe
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai serangga yang paling paling paling di benci!!!
The top 10 most hated !! is cockroach / LIPAS.
Fine gua memang tak suka lipas..huh!

LIPAS atau nama glameor nya (cockroach dalam bahasa inggeris ) adalah serangga yang suka tinggal di kawasan lembab dan banyak di  jumpai di rumah terutamanya di bilik air dan dapur..... port lepak diorang yang paling heaven kat longkang.. yuwwww!!


                                         ni gambar diorang yang paling comel ( Ehsan Goggle)

Maaf saya tak sanggup nak letak gambar yang reality.. hehehehe kartun boleh la nanti korang tak lalu makan hahahah

                                                              

Bagi keluarga saya memang cukup ramai yang takut lipas!! hehehehehe hanya dua orang wanita yang gagah perkasa ( My mum + My Sister) dan My Father yang boleh jentik-jentik lipas tue dengan penuh keyakinan. yang lain bila nampak je lipas lalu atau buat aksi penerbangan percuma ala-ala program LIMA Langkawi 2013 tu akan jadi macam dalam gambar kat bawah nie. 





Mula la menjerit sampai bergegar bumbung rumah hahahahahaha... Biasanya Mama aku la yang jadi penyelamat kami untuk membenteras lipas tue. Thank you Mama.. You Are My Heroin!!! Muah!! :)


Kat atas nie kitaran hidup lipas korang boleh tengok. Mama aku kata kalau kita nak bendung lipas dari bertambah generasinya kita kena hapuskan diorang sebelum diorang bertelur ini kerana setiap kali lipas dewasa bertelur akan bertambah berpuluh-puluh lipas dalam 6-7 minggu. Ambik kau.. sekor lipas boleh hasil kan berpuluh-puluh anak lipas. Berpuluh-puluh anak lipas tue boleh pulak bertelur berpuluh-puluh yang lain.... erk... erk.. nak pengsan aku... 

Cara Untuk menghapuskan lipas
  • Sila pastikan keadaan bilik air dan dapur anda bersih. ( sisa-sisa makanan dalam tong sampah ditutup dengan rapat dan sila tutup sebarang lubang( kat celah-celah lantai ke) yang boleh bagi lipas-lipas nie masuk ke dalam umah)
  • Lipas bernafas menggunakan kulit jadi korang boleh spray guna air sabun. Cari botol kosong pastu letak sabun + air paip , goncang-goncang, dah siap!! asal nampak je terus spray.. jap lagi bergelimpangan la lipas tersebut terkorban .
  • Untuk elakkan lipas dalam almari, potong kecik-kecik sabun mandi tu pastu letak dalam plastik jernih yang biasa di gunakan masa kita beli kuih tuetebuk lubang sikit , gantung dalam almari, sah siap,  kalau malas beli je ubat gegat.
  • Sentiasa stanby penyapu. Asal nampak je terus kejar sampai dapat dan membuat aksi pemain hoki untuk menepuk dengan penuh bergaya lipas-lipas tue.. percaya la.. lepas tue korang akan rasa macho sebab berjaya bunuh lipas hehehe 
  • Sentiasa peka dengan bau lipas dan bunyi kaki lipas yang berjalan-jalan( kalau lipas tue lalu kat atas tikar getah( memang boleh dengar bunyi kaki dia) saya dah test .Bila ada je korang korang ambik spray resect( lipas) tue terus spray. baru boleh tido dengan aman.. kalau tak alamatnya tengah tido lipas tue jalan -jalan kat badan korang huhuhu geli wowowowowow
  • Bila nampak lipas jangan tunjuk macam takut kat lipas. Muka dan pergerakan badan control je sebab kita bila takut suhu badan akan berubah... saya rasa lipas tu boleh tahu kalau manusia takut kat dia. Korang buat slumber je capai gayong ke kamus ke apa je yang korang boleh capai. PANG!!!!!!! KEDEPEK!!! pukul lipas tue conform mati. 




Satu perkara je yang aku suka kat lipas ialah kartun Oggy and the cockroaches hahahahaha kelakar giler kartun nie hehehe

Selamat mencuba korang mari membenteras lipas!!!!

Asalamualaikum
Bye -bye
fairousshukor

No comments:

Post a Comment