Friday 5 April 2013

Pembubaran DUN Negeri Selangor 2013

Asalamualaikum Semua ,

Korang sihat? Saya sihat alhamdulillah :)
Saya nak kongsi sedikit maklumat mengenai pembubaran Dun Negeri Selangor yang dibubarkan semalam 4 April 2013 . Gembira sangat Dun dah bubar sebab selepas ini saya hanya perlu kemas-kemas pejabat dan menunggu kontrak habis sikit masa je lagi.. Lepas ni akan berpindah ke johor tinggal dengan suami. In shaa Allah mudah mudahan Allah SWT mudahkan urusan saya. Amin.

Kembali  pada tajuk.. oh yeah..

Semalam dalam pukul 2.30 petang ada satu majlis ringkas di Istana Alam Shah dimana Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani Warkah Pembubaran Dun Selangor di hadapan Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid dan Ahli dewan Di-Raja Selangor . Alhamdulillah.


Sebelah kiri yang pakai tudung tue penasihat Undang-undang negeri Selangor, cantik tak?

Selepas tu ada Speaker Dun Selangor serahkan Warkah pembubaran tu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selepas selesai kat urusan ni, dalam pukul 4.30 pm di Dewan Undangan Negeri Selangor , tempat Ahli-ahli dewan negeri bersidang tu. ada satu sidang media oleh Menteri Besar Selangor...

Ramai media yang datang ... aku terpaksa menyempit dan menguruskan badan kat celah-celah wartawan untuk ambik gambar hehehe nasib baik saya kurus hehehe . Almaklum satu penggal sekali je dapat tengok sidang media pembubaran negeri kan tue la yang menyibuk nak ambik gambar heheeheh


Perkara yang di tunggu-tunggu pun berlaku syukur alhamdulillah proses pembubaran berjalan lancar.. risau juga.. Lega rasanya.


Saya dengan kawan baik saya Sal Comel masa balik kerja semalam.. Muka nak pucat penat punya pasal pukul 8.00 malam baru sampai umah..
Tak boleh blahkan... nie gambar kat tempat letak kereta , magrib pulak tue.. sempat lagi interprame hehehe
 Bagi rakyat Selangor get ready mengundi ok..  ikut suka korang la nak undi siapa.. kalau malas tido kat umah . ops!!!

 Weh!!!! nak kemas!! pejabat dulu :) tata

Asalamualaikum
Bye-Bye 
fairousshukor

No comments:

Post a Comment