Thursday 4 April 2013

Parlimen Malaysia Telah Dibubarkan

Asalamulaikum ,

Kalau siapa yang masih tak dengar lagi berita ni, saya nak bagi tahu semalam Parlimen / Dewan Rakyat negara kita telah di bubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke 13. Maksudnya lepas ni kita kene pergi mengundi pilih calon-calon yang bertanding di kawasan tempat kita... cakap macam best je.. tapi sebenarnya aku pun baru je nak mengundi tahun ni . hahahahahaha
korang dah daftar? sapa dah angkat kening!!!! hehehehe good...

Untuk makluman korang Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuatkuasa semalam 3 April 2013 genap 4 tahun beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri kita selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.


Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almutasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menandatangani proklamasi pembubaran parlimen.
Korang nak tahu, kemarin ( 2/4/2013) aku terbaca kat surat khabar yang parlimen akan di bubarkan seawal esok ( 3/4/2013).


Semalam pula tengah sibuk buat kerja dalam pukul 9.30 am , terbaca pulak kat internet kata ada sesi ucapan live kat semua saluran tv jam 11.30 am oleh PM.  Saya dan yang lain-lain tunggu reramai-ramai kat depan tv. Disebab kan pejabat saya tak ada tv saya pergi menumpang kejap kat pejabat orang lain hehehehe ( serius macam tunggu tarikh hari raya puasa ) hahahahahaha  kat office lain pun sama rupanya semua tunggu dengan muka penuh perasaan.... wahhhh cuba korang bayangkan... dengar je pembubaran jam 11.35 am. Semua menjerit YES!!!!!! yeah!!!!!! macam esok raya . hahahaha.


Amacam live tue pengugumannya, ahli jemaaah menteri /ahli kabinet  dapat surat untuk hadir mesyuarat kabinet dengan berpakaian lengkap warna gelap( tali leher warna merah) bagi lelaki untuk sesi bergambar. Biasanya selepas mesyuarat kabinet terakhir diorang akan ambik gambar sebelum penguguman pembubaran. Ni gambar diorang semalam.. sedondon je semua..


Yang korang tunggu bubar parlimen dah terbubar semalam.. Sekarang tunggu pembubaran DUN negeri Selangor pula . masa tue mengemas dengan aman dan sempurna ... harap-harap tak ada la kekecohan masa proses pilihanraya akan datang..

Yeah!!!!

Asalamualaikum
bye-bye
fairousshukor

No comments:

Post a Comment