Tuesday 29 October 2013

Hilang Sekejap :) Muncul Kembali

Asalamualaikum semua , semoga dalam keadaan baik hendaknya  Amin Yarabbalamin..

Hi semua lama tak kemaskini blog ni.. berbulan-bulan juga la hehehe sejak pindah ikut suami ni sibuk memalaskan diri untuk online . Padahal duduk umah je cara cakap macam sibuk sangat la huhu.

Hari nie saya nak kongsi suka duka hari terakhir saya bekerja di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( suk) yang terletak di Selangor. Untuk makuman jawatan saya berstatuskan kontrak yang tamat bila angkat sumpah barisan EXCO negeri Selangor yang baru iaitu pada 29 Mei 2013.

Sebelum memulakan hari tue dalam doa solat subuh saya mengharapkan perjalanan atau urusan hari itu akan berjalan lancar. Setelah 4 tahun bertugas sebagai kerani di sini, untuk kali pertamanya saya rasa sangat tenang dan hujan rahmat di awal pagi menyambut kedatangan saya ke pejabat jam 7.00 am.

Dalam hati saya kata, hari nie hari terakhir masuk ikut pintu nie sebagai kakitangan, esok lusa kalau datang sebagai orang awam je. Entah pengawal keselamatan masih ingat lagi ke tak saya ni. hehehe Budak yang selalu balik lewat malam, duduk sensorang kat pejabat buat kerja, hari minggu pun datang bertugas, macam tak bercuti pun, yang paling best asyik berlari  atau berjalan laju je ke hulu ke hilir dengan barang atau surat dengan pakai baju kurung. Kerja punya pasal la.. semua bos nak cepat.. maka saya kena la cepat , kenangan hui... memang kenangan..

Jam 7.00 am : Masuk Ke SUK

Hujan rahmat di pintu masuk SUK Selangor

Saya membayangkan harini akan penuh dengan air mata, hinggus-hinggu keluar kesedihan meninggalkan kawan-kawan tersayang, kakitangan jabatan lain yang banyak membantu ,pejabat, makcik cleaner yang baik hati, jiran tetangga pejabat.. tapi kan sebaliknya yang jadi. Saya tak nagis langsung setitik pun tak ada, rasa sangat tenang, rasa tangung jawab saya telah saya jalankan sebaik mungkin dan akan tamat di pada hari ini. Saya bersedia untuk" move on" bina hidup dengan suami di kampung setelah setahun kami hidup berjauhan.


 
    Hari terakhir meja ini saya yang punya!!!!!! Esok lusa dapat tuan baru ye hehehe

Seperti yang korang semua lihat meja dah kosong almari pun dah kosong , penat saya mengosongkan pejabat nie. Nak tahu dalam pejabat nie ada 7 kakitangan termasuk bos dan pemandu, 3 kakitangan dah di tamatkan kontrak masa pembubaran DUN Selangor hari tu, yang lain lesap jarang masuk pejabat maka saya kena buat sendiri pengosongan nya. Nasib baik dah mula awal sebelum pembubaran jadi kerja - kerjanya berjalan dengan baik/ penat setangah mati hahahaha.

 Jam 11.00 am : Sesi beri makan ikan kap yang terakhir

relek la ikan kap senyum dulu baru makan ok!!

Kolam ikan kap ni ada 4 terletak di bangunan sebelah, kalau stress je mula la saya datang bawak roti ke , biskut ke, atau makanan ikan ni... sambil membebel luahkan perasaan saya akan bagi diorang makan. lega cikit rasa tapi dulu ada seekor ikan kap yang saya saying namanya john warna putih saiz besar 2 kali lengan saya panjang pun sepanjang lengan saya. Kalau saya datang bergolot-golot dia datang tolak semua ikan kecik kalau makan pun nak bersuap ke mulut dia. Tapi satu hari saya datang ikan kap tue tak ada katanya mati ada yang kata hilang.. ishh.. cedey..

Wahai ikan-ikan kap saya harap lepas ni ramai la yang datang bagi korang makan sampai gemuk..  Semoga kita jumpa lagi ea :)

Jam 1.00pm : Launch Time With My Best Friends :)

Dari kiri saya , min, dalia dan sal ( Di Anis Sup Utara Seksyen 9, Shah Alam)
 
 
Masa ni tak ada aksi nagis-nagis lagi masih lagi boleh gelak-gelak buat macam kedai kami je hehehe
Port lepak kami nie selain kafe sebab makanan sedap dan harga murah


Jam 3.00 pm: Sesi bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal pada kakitangan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Saya turun bersalaman , mohon maaf kalau ada salah silap dengan mereka dan pejabat lain kerana pejabat saya berurusan terus dengan mereka maa la tau ada salah silap yang saya tak perasankan. Hari terakhir saya curi masa sekejap jumpa mereka.. Terima kasih Semua yang membantu saya selama ni.
Lupa nak ambik gambar hehehehe


Jam 4.00 pm : Bergambar bersama Makcik Jumaah  / makcik cleaner paling baik di angkasa raya !!!

                                                      Makcik Jumaah yg omey

 Makcik Jumaah ni yang saya dah angap macam mak sendiri kat pejabat, sayang bebenor saya pada dia. Dia selalu ada masa saya sedih kena marah dengan bos besar, bos ke dua besar, masa saya sakit, pemberi nasihat , orang yang saya selalu sergah! hahahaha nakalkan saya... tiap-tiap pagi jumpa dia tau.. hari sabtu datang kerja pun dia ada... hudup tak sama bila tak jumpa makcik jumaah ni.Banyakk pengalaman hidup dia yag dia kongsikan dengan saya. Umur dia dah 60++ tapi masih sihat lagi.. dan comel hehehe. Miss you Mak cik Jumaah :)

Jam 4.30 pm : Sebelum punch card kali terakhir di pejabat.

Gambar terakhir di pejabat.. Selamat tinggal semua.

Untuk makluman tak ada seorang kakitangan yang ada di pejabat, semua nya lesap jadi saya cuma ucapkan selamat tinggal pada meja, kerusi, printer, mesin photocopy, karpet pintu..( sedih je nasib cheq) dan jiran- jiran pejabat, best friends dan makcik jumaah.

Jam 4.35 pm : Pemulangan Kunci pejabat

Setelah pejabat di tutup dan suis di matikan saya kunci pintu dan naik memulangkan kunci ke pengurusan ( en. fahrin).

Jam 4.45pm : Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Dalia di tingkat 20

Me and Lovely Dalia
 
 
Dalia , salah seorang yang saya rapat di sini sikap berterus terang dan jujur dia sentiasa membuatkan saya rasa boleh berfikir mana yang baik dan mana yang tak baik untuk diri saya. Comel pulak tue, anak dah 2 tapi macam anak dara lagi :) pemberi semangat dan positif aura masa saya down itu lah dia.
 
Jam 5.10pm : Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Siti Salbiah dan Siti Aminah di tingkat 2
 
 
Me ,Sal & Min
 
Masa ni dah mula sebak diorang berdua , setelah saya meninggalkan pesanan yang panjang dan ikhlas dari hati gugur air mata diorang hurmm itu la ucapan tak ikut skrip kan dah buat diorang berdua sedih!!!!  saya memang sayang kat diorang ni.. Maunya tak , pantang ada masa free call je diorang hahaha dah macam adik beradik la. Kongsi masalah, kegembiraan, makanan, ( wah wah wah) , tambahan diorangg  berdua ni caring , manja dan gila-gila macam dalia juga. sapa kawan dengan diorang memang best la..

Tapi.... saya terpaksa pergi meninggalkan diorang semua... :( 

bye korang jaga diri elok-elok tau lepas ni saya susah nak berjumpa korang sebab tinggal jauh namun di hati korang selalu ada... Hidup dengan gembira tau... terima kasih atas segala-galanya.


Jam 5.30 pm : Pemulangan Kunci Pintu tingkat 15 di pengawal keselamatan

Saya pulang kunci pintu tingkat 15 pada pakcik pengawal keselamatandan ucapkan terima kasih atas bantuan yang di beri semasa bertugas di sini. Sambil melambai cakap bye pakcik lepas nie saya tak ada lagi, pakcik tue siap ketawa biar betul? esok sapa nak datang buka pintu ? saya angguk dan cakap saya pun tak tahu , hari ni hari terakhir saya pakcik , esok lusa tuan pejabat yang baru la yang akan datang buka.

Bagi saya walaupun mereka hanya pengawal keselamatan di bangunan  ini tapi besar jasa yang di hulurkan pada saya :(


Jam 5.40 pm : Selamat Tinggal SUK

 

Kawasan letak kereta SUK ( mengadap padang  bola SUK)
 
 
Ni la tempat saya lepas stress balik kerja dengan tengok pelawanan bola free sambil duduk atas keta atau kat pejalan kaki . Lepas ni tak dapat lagi la tengok amri yahya dan pasukan Selangor training atau lawan kat sini. Kadang-kadang pasukan yang akan berlawan kat stadium Shah Alam akan training kat sini sebelum lawan di stadium. Di sebab kan saya kaki bola ni port saya habis waktu kerja.
 
 

 Selamat Tinggal SUK
 
Suka duka 4 tahun lebih sampai di sini sahaja.... tak ada air mata yang saya tumpahkan kerana saya sudah cuba menjalankan tangungjawab sehabis baik..  All the best for me in the future :)


Asalamualaikum
Bye- bye
Fairousshukor