Tuesday 14 May 2013

Asalamualaikum Semua :)

Hi! apa khabar semua , semoga sihat dan ceria sentiasa. Yeah!!! hehehehe
Saya nak kongsi dengan pembaca harini, seperti yang korang tahu kontrak saya bakal berakhir bila lantikan exco negeri yang baru dalam seminggu lagi paling awal. Namun persoalan yang kerap timbul atas di tanya pada saya hampir setiap hari bila bertemu dengan kakitangan, kawan-kawan dan saudara mara saya ialah

1. Dah tak kerja ke? ( tanya bila jumpa kat bangunan tempat saya kerja)
2. Kau tak sambung kontrak kerja kat sini ke? susah la nanti bila kau tak ada
3. Buat apa berhenti, kan masih muda lagi ala biasa la suami isteri duduk berjauhan lagi pun kau kan berdikari tak jadi masalah apa kalau duduk jauh.
4. Bila habis kontrak?
5. Kau berhenti nanti nak makan apa? dah la pindah muar, johor kat sana mesti susah nak dapat kerja.

Jawapannya

1. Kalau saya tak kerja kenapa saya ada kat dalam bangunan ni sekarang?
2. aah saya tak sambung kontrak, saya yakin nanti ada kakitangan yang baru boleh menjalankan tugas lagi baik dari saya In Shaa Allah.
3. Saya buat keputusan berhenti dan tak sambung kontrak sebab nak jalankan tangungjawab sepenuhnya      pada suami  ( yes i know he need me more than any people in the world need me). Bila berkahwin perlu ada usaha tinggal bersama ( susah senang sama-sama) di depan mata lebih mudah memahami.
4. Bila exco negeri yang baru angkat sumpah masa tu habis la kontrak saya.
5. Rezeki itu Allah SWT yang aturkan. tak kira la tempat tue pedalaman atau bandar yang kita usaha dan doa In Shaa Allah akan di permudahkan dapat rezeki yang secukupnya.

Kenapa kita kena berfikiran negatif?
Kadang-kadang kata -kata seperti ini la yang buat aku rasa tertekan dan down. Mungkin korang tak faham apa yang aku dah lalui selama 4 tahun aku bekerja di sini. Suka duka, tak tido siapkan kerja, makan tak sempat, sakit seonsorang malam -malam kat pejabat sampai kena drive sendiri pergi klinik pastu masuk hospital, susut berat badan 10 kg, serangan asma yang kerap, nak berbual-bual lepak dengan family pun tak ada masa, kena soal siasat dengan polis sampai masuk muka depan surat khabar, beban kerja yang menggunung, kalau saya nak cerita 3 hari pun tak habis.

Jangan ingat saya duduk di pejabat ini hanya makan gelak-gelak buat kerja sikit-sikt pastu balik. Saya nak merasa keluar minum pagi pun susah. biasa tapau makanan makan kat meja je sambil jawab panggilan , layan orang, draft surat. Kalau buat program luar balik program jam 6 pagi hantar dokumen kat pejabat , balik mandi pastu datang kerja balik tak ada masa nak tido.

Dan paling tak sedap telinga nak dengar lepas kawin ada suami orang yang bercakap macamni pada saya
" awak jum la keluar suami awakkan jauh, dia mana tahu, kita keluar tengok wayang , pegang- pegang sikit manja-manja sikit pastu saya hantar awak balik" jom la saya belanja"

Hampir sahaja saya nak lempang orang tu. Jawap saya.
" Awak tak ada hak nak sentuh saya , hanya suami saya sahaja yang ada hak, ke mana sahaja saya pergi Allah SWT tetap tahu setiap perkara yang saya buat!!!"

Tangung jawab saya pada suami dan tangungjawab suami pada saya , kami berdua berhak untuk tinggal bersama supaya ia dapat di jalan kan dengan baik. kalau anda selesa untuk tinggal berjauhan tak semestinya orang lain selesa untuk lakukan perkara yang sama.

Jangan samakan saya dengan anda.. Please no no no.

akhir sekali saya yang akan lalui pahit getir pindah ke sana jika ingin memberikan sokongan alhamdulillah.. jika ingin beri kritikan pun alhamdulillah juga .

Asalamualaikum
Fairousshukor